Home Contact  :  Sitemap    
 

 
 
 
 
 

Sebuah tabung yang ditubuhkan oleh
MNRB HOLDINGS BERHAD

(sebuah anak syarikat Permodalan Nasional
Berhad (PNB) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia) menawarkan biasiswa kepada warganegara Malaysia untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf.

LOGO
BIDANG PENGAJIAN
NILAI BIASISWA
Yuran Pengajian

Institusi Pengajian Tinggi Awam / Kolej - Yuran pengajian sebenar
Institusi Pengajian Tinggi Swasta / Kolej - Maksima sehingga RM8,000 setahun
Pengajian Luar Negara - Yuran pengajian sebenar


Elaun Sara Hidup

Matrikulasi / Asasi (Dalam negara) - RM8,000 setahun
Ijazah Sarjana Muda (Dalam negara) - RM10,000 setahun
Pengajian Luar Negara - Elaun-elaun seperti sara hidup, penempatan, buku dan sebagainya

Biasiswa ini disertakan dengan ikatan kontrak perkhidmatan

KRITERIA PILIHAN
 
Kelayakan Minima
Umur 23 tahun dan ke bawah
SPM Minima 6A (termasuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains); atau
STPM Minima 3A serta lulus subjek Pengajian Am; atau
A-Level Minima 3A (termasuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan); atau
Matrikulasi / Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda Minima Purata Mata Terkumpul (PMK) 3.50
Esei Menyertakan sebuah esei Bahasa Inggeris (1 muka surat) yang bertulisan tangan dengan menyatakan sebab-sebab memohon biasiswa, manfaat yang diperolehi dari bidang pengajian serta rancangan pembelajaran dan kerjaya
Kriteria Tambahan Pemohon berjaya menerima tawaran mengikuti kursus-kursus di Institusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara yang diiktiraf
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
Pemohon tidak terikat dengan sebarang biasiswa atau bantuan daripada mana-mana organisasi
PERCUBAAN SPM / STPM Pelajar yang telah menduduki peperiksaan PERCUBAAN SPM / STPM dan memperolehi keputusan yang menepati kriteria-kriteria di atas digalakkan memohon. Pemohon yang terpilih akan menerima tawaran biasiswa bersyarat dan ia tertakluk kepada perbezaan minima antara keputusan peperiksaan sebenar dan peperiksaan percubaan.
 
 
CARA MEMOHON

Sila muat turun Borang Permohonan Biasiswa di sini dan hantarkan kepada alamat seperti di bawah.

Borang permohonan juga boleh di dapati melalui:

  • Emel kepada scholarship@mnrb.com.my
  • Pos dengan melampirkan sampul surat beralamat sendiri berukuran 16sm x 23sm beserta stem 70sen ke alamat seperti di bawah
  • Kutipan sendiri di alamat seperti di bawah:

  MNRB SCHOLARSHIP FUND
  11th Floor Bangunan Malaysian Re
  No. 17 Lorong Dungun, Damansara Heights
  50490 Kuala Lumpur
  Tel : 03 – 2096 7160 (Cik Jannah)
  Fax : 03 – 2096 7003

  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga selewat-lewatnya pada
    10 Februari 2012.
  • Permohonan mestilah dilampirkan salinan sijil-sijil serta dokumen yang telah disahkan.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan / tidak memenuhi kriteria, tidak akan dipertimbangkan.
 


         
 
About Us Investor's Information Subsidiaries & Associate Career & Scholarships Properties & Facilities News & Events Important legal information - please read the   Disclaimer | Privacy Policy | Terms & Conditions WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Copyright © 2005 - 2012 MNRB Holdings Berhad. All Rights Reserved.